Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang
Kepentingan Makanan Berkhasiat
Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak
menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga
yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat
untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan
penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana
tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang
berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“
Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di
negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan
(obesiti). ”
Sumber dari berita harian
Makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan
menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang
menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang
sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang
ini.
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh
badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh
badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal
yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan
tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang
menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang
kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh
sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam
kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan
pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah
satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah
mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang
diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh
seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk
menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu
menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang
itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan
zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak
cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara
yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan
seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih
efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya.
Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil
dan berdaya tahan.
Kesimpulannya
Kita
perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah
dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya
negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini.
Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah
pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu
mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya.
“Tepuk dada tanya selera”.
Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya
Pengambilan
makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk
memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit
berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian
dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser,
serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan
kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat
membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?
1. Kanser (Barah)
Makan
buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser
kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang
menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu
dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu
kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan
disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan
14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding
mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
3. Lebihan kolesterol
Kurangkan
pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko
mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap
penyakit jantung koronari.
4. Tekanan darah Tinggi
Mengambil
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti
diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh
mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah,
sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat
kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium
dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang
diperkaya dengan kalsium.
6. Spina Bifida
Mengambil
makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau
asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat
membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.
Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)
Tips Diet Seimbang
Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau
nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat.
Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum,
kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya
banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang
pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat,
gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang
sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai
bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran
bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air.
Air
adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk
penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan
suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.
Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air
dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada
paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh
didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan
lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya
lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga
30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita
harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
- Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
- Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
- Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
- Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
- Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan
yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa
khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang
berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari
tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko
kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan
dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam
Makanan
segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan
bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang
akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah
orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit
(edema).
Sumber dari UTUSAN PENGGUNA